SABHI SADDI
Social Networks of Sabhi Saddi:
SABHI SADDI (more...)
Dilahirkan pada 4 September 1984, penyanyi berusia 29 tahun dari Sandakan ini memulakan kerjaya seninya sebagai penari kumpulan hip hop Edsco bersama Adam AF. Pada tahun 2006, beliau kemudiannya merakamkan single berjudul SAYANG GILER untuk runut bunyi filem produksi KRU Studio, Cicakman 2 yang mengangkat namanya dalam industri.
Pada tahun 2010,dua ‘single’nya, NADIKU dan GEMERLAPAN dipilih sebagai runut bunyi siri Tari Tirana dalam slot Lestari,TV3.
Beliau kemudianya melancarkan single ketiganya, JALAN PULANG, karya diikuti dengan pembikinan muzik video dan jelajah promosi seluruh negara.
Sabhi Saddi terus mengorak langkah ke Indonesia dan menghasilkan dua single duet, TANPAMU bersama Helena Indonesia Idol dan SEPERTI DULU, bersama Vienna Fridianna. Lagu TANPAMU turut dimuatkan didalam runut bunyi Nur Kasih The Movie.
Pada akhir tahun 2011, Beliau telah berjaya menyanyikan lagu Alfred Teo, WAKTU dan memenangi pertandingan Cipta lagu RTM Ambank. Kemudian single lagu Waktu telah dikeluarkan pada tahun 2012. Lagu tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dan kemudian dipanggil untuk menyertai pertandingan lagu Asia di Seoul, Korea Selatan.
Atas sambutan dan permintaan peminat yang inginkan lagu baru dari Sabhi Saddi, pada tahun 2013, Single lagu Cinta Sesungguhnya ciptaan Bemby Noor telah dikeluarkan. Lagu ini kini telah berada di Carta Suria FM, Carta ERA FM, Carta HOT FM, Carta THR FM dan turut mendapat sambutan dari beberapa stesen radio tempatan. Lagu bertema cinta ini kini mendapat sambutan yang baik oleh pendengar di seluruh Malaysia dan bakal menebusi pasaran Indonesia, Brunei dan Singapura. Sehingga Tahun 2016, Sabhi telah menyanyi hampir 10 buah lagu di antara yang terbaru adalah Tiada Lagi Cinta, Kisah Kita (feat Nieyl) dan Percuma.
Selain dari menyanyi Sabhi Saddi kini mula melebarkan sayapnya dengan aktif di dalam bidang Lakonan. Di antara lakonan beliau ialah Filem Klip 3GP, Beberapa Telemovie dan Pelbagai Drama seperti Air Mata Darah, Antara Laut China Selatan, Aku Ada Wali, Puteri Gunung Ledang,
serta yang terbaru pada tahun 2016 ini adalah Bodyguard dan Marhaban Kome Oii yang akan disiarkan di TV3 dalam masa terdekat ini.
Kini beliau meneruskan karier seninya sebagai model, penari, penyanyi dan pelakon di bawah naungan produksi Perintis Beta Entertainment.
Hubungi kami untuk sebarang majlis dan program.